Stadium Sultan Zainal Abidin

Al-Kisah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Gambar-gambar Stadium Sukma 2008 sebelum ranap. Jangan lupa comment.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini dibina pada tahun 2006 dan dibuka pada 2008. Ia Stadium terbesar dan cangih di Pantai Timur ini. Sebanyak 50, 000 orang boleh menyaksikan acara dlm stadium ini. Stadium ini dirasmikan pada 10 Mei 2008 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Stadium ini di bina untuk Sukma 2008.

Pada 02 Jun 2009 jam 09.40 pagi, atap tiba-tiba runtuh dan menyebabkan beberapa kereta ranap. Anggaran kerugian sebanyak 350j rugi dalam nahas tersebut.
petikan dari wikipedia


KUALA TERENGGANU 2 Jun - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.Runtuhan pada pukul 9.30 pagi itu berlaku kira-kira setahun stadium tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter itu menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).Kejadian itu turut merosakkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil serta tiga buah motosikal, tetapi tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Ini berikutan kesemua 19 pekerja di sebuah pusat boling yang berada di aras satu, stadium setinggi lima tingkat itu berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari runtuhan.Pemilik kereta berkenaan, Hanafiah Osman, 27, yang berada di luar stadium berkata, dia bersama empat rakannya sedang menjalankan kerja-kerja memasang lampu apabila tiba-tiba mendengar bunyi seperti benda 'patah' kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Bunyi kuat itu datang daripada tempat saya meletakkan kereta. Saya terus bergegas ke sana dan melihat bumbung tersebut runtuh perlahan-lahan lalu menghempap kereta saya.

"Saya tergamam melihat runtuhan itu dan menelefon bapa untuk memberitahu kejadian yang berlaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Hanafiah yang menetap di Kampung Bukit Bayas di sini berkata, tiga motosikal rosak itu adalah milik rakan sekerjanya dan turut melakukan kerja-kerja pemasangan lampu.Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Pauzan Ahmad berkata, terdapat seramai 19 orang berada di dalam stadium ketika kejadian berlaku.

"Bagaimanapun mereka iaitu 17 pekerja di Pusat Boling Si Diman dan dua pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan diri.

"Namun pihak bomba tetap menjalankan pemeriksaan di setiap tingkat stadium yang terlibat dalam runtuhan itu," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 9.45 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

"Seramai 25 anggota dengan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hiliran serta Jalan Kota dikejarkan ke tempat kejadian," ujarnya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan salah sebuah daripada dua stadium yang terdapat di Kompleks Sukan Negeri selain stadium tertutup.Pembinaan Kompleks Sukan Negeri dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan.Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain.

Petikan dari Utusan Malaysia

click pada gambar untuk size besar


Tahun 2008

Sebelum SUKMA 08

Perasmian SUKMA 08

Stadium SUKMA 08

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin



Tahun 2009


video
video

No comments:

Post a Comment